About Me

My photo
Bukan mudah utk menjaga hati semua orang,walaupun sedaya upaya mencuba, namun pasti ada yg terasa. Jika kesilapan semalam belum terampun, moga dimaafkanlah. Jika kesilapan hari ini menyakitkan, dgn harapan moga lupakanlah, dan jika kesilapan esok atau mendatang ku mohon jgnlah dibawa sampai akhirat. Maafkanlah kalau aku buat hatimu terluka kerana sesungguhnya aku juga manusia terbatas.

Secret recipe of whipped potatoes :)


Kentang


1. 10 biji kentang di buang kulit dan dipotong kiub
2. 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
3. 1/2 cawan fresh milk
4. garam secukup rasa

Cara-cara :

1. rebus kentang dgn sedikit garam
2. setelah empuk toskan air dan tumbuk sehingga hancur
3. then, guna mixter (putar kentang sehingga halus)
4. Sambil putar masukkan garam, lada hitam dan fresh milk secukupnya.


Sos Kentang Putar

1. 650ml air
2. 5 sudu besar stok ayam (brand Maggi / Tumix pun sedap)
3. 1 ulas bawang besar (dicincang)
4. 1 batang saderi (dicincang)
5. 40gm mentega
6. 20gm tepung gandum
7. 1 sudu besar sos tomato
8. 1 sudu besar sos tiram
9. sedikit serbuk lada hitam
10.kicap pekat / kicap cair pun okay
11.garam

Cara-cara :

1. Masak air bersama stok ayam, batang saderi dan daun bawang hingga mendidih.Renihkan dalam masa 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram dan beberapa titik kicap (kicap utk bg warna) .
5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
6. Masak ikut pekat mana yang disukai.

Selamat Mencuba :)

0 comments: