About Me

My photo
Bukan mudah utk menjaga hati semua orang,walaupun sedaya upaya mencuba, namun pasti ada yg terasa. Jika kesilapan semalam belum terampun, moga dimaafkanlah. Jika kesilapan hari ini menyakitkan, dgn harapan moga lupakanlah, dan jika kesilapan esok atau mendatang ku mohon jgnlah dibawa sampai akhirat. Maafkanlah kalau aku buat hatimu terluka kerana sesungguhnya aku juga manusia terbatas.

Goodbye FB, Goodbye twitter, Goodbye social network, Goodbye everyone. Panjang umur kita jumpa lagi untuk hari-hari yang mendatang. In Shaa ALLAH.

Kalau saya tahu begini sakitnya menyintai, pasti saya takkan buka hati ini untuk sesiapa. Kalau saya tahu begini pengakhirannya, pasti dari mula lagi saya takkan berharap dan kalau saya tahu semua nih tipu, saya takkan biarkan diri ini terpedaya. Teruskan melangkah ke hadapan nurul.. Dia dah lama buang kau dari hidup dia, Jangan menaruh harapan yg tak pasti.. Move on.. Alhamdulillah ya ALLAH utk dugaan ini, harapan nya semoga aku lebih kuat utk melalui dugaan di hari akan datang. Jika kebahagiaan saya bukan di dunia ini, in shaa ALLAH di akhirat sana. Ameen.






insyaALLAH

Dua tiga menjak ini wall FB saya banyak dengan gambar rakan-rakan yang berumahtangga. Suka dan sayu melihat gambar-gambar mereka. Saya di kejauhan ini hanya mampu mengirim doa untuk mereka. Seperti biasanya, mereka akan meminta nasihat dan pesanan sebelum bergelar isteri daripada saya. Dan saya tidak punya nasihat dan pesanan kepada mereka melainkan dengan pesanan: "SABAR". Saya sendiri pun tidak layak lagi utk berumahtangga apatah lagi utk memberi nsihat kpd mereka. Isteri perlu ada kesabaran yang TINGGI dalam rumahtangga. Jika tiada sabar, isteri itu akan membentak-bentak, memekik-mekik, membebel-bebel, menghempas-hempas, mungkin hingga ke tahap memaki-hamun kerana dia tidak berpuas hati dengan suaminya, keluarga suaminya dan dalam banyak lagi perkara lain. Tapi isteri yang BERIMAN, BERBUDI dan BERSABAR adalah isteri yang menerima semuanya dengan hati yang tenang dan tabah. Mereka adalah isteri-isteri yang airmatanya mengalir deras tidak lena tidur sambil beristighfar kepada Allah kerana menahan beratnya ujian rumahtangga yang tidak terluah sedangkan pada waktu itu, suami mereka sudah lama terlena dibuai mimpi tanpa sedikitpun mengetahui setiap butir airmata yang menitis itu. BERSABARlah wahai isteri-isteri, moga dengan KESABARAN itu, JANNAH menjadi milik kita ♥

*FootNote : saya juga tengah belajar utk menjadi isteri yang beriman, berbudi dan bersabar. InsyaALLAH.

wishlist


For a long time I adore this rainbow al-quran. I want this, pleaseeee.
Rainbow al-Quran from Indonesia. if sape2 nak buat as hantaran kawin sgt2 comel.
Believe me, you won't regret owned this beautiful Holy Quran. dah penah guna Quran ni from my cuzen pny. seriously, I'm ADORED this beautiful Holy Quran.

Footprint :
Awak, sy nak Holy Quran ni :(

never fade its away :)






rindu zaman study kolej RCMP
rindu nk mkn nasi kt vanggey
rindu nak mkn nasi kak wok kt stadium ramai2 time lunch
rindu suasana rumah ikan
rindu kawan2x kt rcmp
rindu nak gaduh dgn pak guard hostel
rindu nk tgk wyg kt jj
rindu nak karoake bila masing2 nk release tension
rindu mkn nasi lemak satu hengget dpn rumah ikan
rindu jalan kaki bli burger double special depan 7eleven kt fairpark
rindu jalan kaki pi kolej..aihhh semua rindu
ape je yg xrindu :-/

:)



Blogging instead of surfing 24/7 sounds good but my fingers wont let it happen sbb tu la blog ni dah bersawang. dah lama tak hhupdateeee..weeee..

Act, xatw nak taip apa sbb this sem mmg xsempat nak menghdap social network like before. this sem mmg penat sgt2 sbb bnyk assignment and things to do. jyeahhh.. but puas hati dgn usaha sendiri :)

And now, tgh nervous pasal result. counting the days till 5 June. Hope ALLAH give me the best for this sem. 3 pointer above pleaseee. InsyaALLAH :)

Then lps ni, 1 more sem sy kat bangunan oren KPTM terhebat tu taw. hee. then, i'm going for school practikal for 4 month. then, will be hip hip hoorayyyy. InsyaALLAH klu ALLAH permudahkan segala urursan saya. and I always do my best for my future soon. And now, bila sokongan tak putus dari parents, family and si dia, make me more motivate. Thanks ALLAH send me the best people in my life.


Akan sempatkah kasih dan cinta kita sampai ke usia begini.

masyaALLAH..sekadar berkongsi dan berpesan untuk umat yang seagama denganku.


Aku akan terus berjuang untuk menjaga Agamaku..Ya ALLAH.

Pelbagai alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu."

cita-cita saya

"Awak, cinta itu penyakit dan ubatnya adalah perkahwinan,
Saya berdoa agar Tuhan memelihara rasa ini,
dan jika diizinkan-Nya, saya nak awak mengikat saya dengan perkahwinan bila tiba masanya nanti,
kerana cinta sebelum kahwin banyak maksiatnya,
kerana itu saya ingin berjalan dihadapan awak dan awak memimpin saya sebagai seorang isteri,
di mana ada keberkatan dari-Nya.
bukan memimpin dan berjalan dihadapan awak sebagai seorang kekasih dimana ada kemurkaan dari-Nya." ^__^