About Me

My photo
Bukan mudah utk menjaga hati semua orang,walaupun sedaya upaya mencuba, namun pasti ada yg terasa. Jika kesilapan semalam belum terampun, moga dimaafkanlah. Jika kesilapan hari ini menyakitkan, dgn harapan moga lupakanlah, dan jika kesilapan esok atau mendatang ku mohon jgnlah dibawa sampai akhirat. Maafkanlah kalau aku buat hatimu terluka kerana sesungguhnya aku juga manusia terbatas.

Ya Ilahi.


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita suatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Hakikatnya, apa pun yang telah & akan terjadi, anda tidak akan pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata ALLAH S.W.T

Jadi, walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.Dan jangan terlupa kita adalah makhluk ALLAH yang dipandang sama, hanya imam dan taqwa yang membezakan kita.

Wahai PEMILIK NYAWAKU, berilah kekuatan untuk aku menempuhi hari-hari yang akan datang.AMIN.

0 comments: