About Me

My photo
Bukan mudah utk menjaga hati semua orang,walaupun sedaya upaya mencuba, namun pasti ada yg terasa. Jika kesilapan semalam belum terampun, moga dimaafkanlah. Jika kesilapan hari ini menyakitkan, dgn harapan moga lupakanlah, dan jika kesilapan esok atau mendatang ku mohon jgnlah dibawa sampai akhirat. Maafkanlah kalau aku buat hatimu terluka kerana sesungguhnya aku juga manusia terbatas.

Jika aku jatuh cinta


Ya ALLAH jika aku jatuh cinta,Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintanya padaMu, agar aku bertambah

kekuatan untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku

dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,Jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,Rindukanlah aku pada seseorang

yang merindui syahid di jalanMu..

Ya ALLAH jika aku menikmat cinta kekasihmu,janganlah

Kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam

terakhirMu…

Ya ALLAH jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biarkan

Aku terlatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru

Manusia kepadamu..

Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan

Aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan

Rindu abadi hanya kepadaMu..

Amin….

Doaku, semoga kita sama-sama berjaya

Di dunia dan akhirat..

Berjaya dalam mengharungi segala

Dugaan dan cabaran..

Yang sememangnya menguji

Kekuatan iman..

Kerana tapak Iman itu lah yang

Menemukan cinta yang selama ini

telah hilang…

Semoga Cinta yang dicari

telah ditemui.. Semoga

ALLAH meletakkan kita di

bawah payung rahmat

kekasihNYA..insyaALLAH..

0 comments: