secret recipe of cuppy :)
180gm gula kastor
4 biji telur
185gm tepung naik sendiri
185gm susu cair
Cara- cara :
1. mentega dan gula kastor( use mixture)
2. masukkan telur satu persatu.
3. masukkan tepung dan susu cair secara bergilir2.
4. selepas adunan siap,masukkan ke dalam 'cup' (pelbagai saiz mengikut citarasa)
5. bakar selama 20 minit.
6. hiaskan cupcake dgn topping coklat (mengikut citarasa topping blueberry,icing fresh cream and etc)
7. Siap..Selamat Mencuba :)
Posted by Wan Nurul Izzati at 3:27 PM 0 comments
Tahun baru Hijrah 1433
Selamat Tahun Baru Hijrah untuk semua umat islam.
Semoga tahun ini lebih bermakna.Semoga tahun ini lebih kuat amalan-amalan kebaikan.
Semoga tahun ini diri ini menjadi lebih tabah dan sentiasa bersabar.
Semoga tahun ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada mama dan abah dan perintah ALLAH s.w.t.
Semoga tahun ini kejaayan akan lebih mendekati.
Semoga tahun ini lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh.
InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH s.w.t
Posted by Wan Nurul Izzati at 8:13 PM 0 comments
Ya Ilahi.
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita suatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Hakikatnya, apa pun yang telah & akan terjadi, anda tidak akan pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata ALLAH S.W.T
Jadi, walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.Dan jangan terlupa kita adalah makhluk ALLAH yang dipandang sama, hanya imam dan taqwa yang membezakan kita.
Wahai PEMILIK NYAWAKU, berilah kekuatan untuk aku menempuhi hari-hari yang akan datang.AMIN.
Posted by Wan Nurul Izzati at 7:52 PM 0 comments
Ya ALLAH..
Ramai yang mengaku tabah sebelum mereka ditimpa musibah, yang mengaku sabar sebelum mereka tercabar, yang mengaku kuat sebelum mereka ditolak. Namun, tatkala mereka diuji, mereka lemah sendiri, kaki dirasakan tak mampu memijak bumi, alam dirasakan tiada simpati. Semua ini akan terjadi jika tidak meletakkan ALLAH di tempat PERTAMA dalam hati.
"Kuatkan hati dan teguhkan peribadi, ingat ALLAH menguji tanda CINTA Nya. Supaya kita lebinh mengingati Nya"
Ya ALLAH, tabahkanlah hati hamba mu ini menghadapi dugaan dalam hidup ini. Lancarkan dan mohon permudahkanlah segala urusan ku. Lindungilah aku dari segala kesulitan. Hanya pada Mu Ya ALLAH aku memohon pertolongan. Hanya pada mu aku merintih, dan hanya Mu Ya ALLAH pendengar setia setiap doaku.AMIN.
Posted by Wan Nurul Izzati at 10:25 PM 0 comments
wahai rakan2 seagamaku :)
Sejuk yang teramat pun dah mula tak selesa. apatah lagi panas di neraka. entah kenapa kita mampu selesa disaat aktiviti kita tak menjaga iman sepenuhnya.
Mood menjaga Iman : ACTIVATED
Posted by Wan Nurul Izzati at 9:01 AM 0 comments
doa pendekat jodoh
Ya Allah, jadikan dirinya "sebutkan nama" kekasihku di dalam hati yang tenang dan berikan khabar gembira kepadanya "sebutkan nama" dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penjagaan. Dan Allah juga maha Pengasih dan maha Penyayang.AMIN..
Posted by Wan Nurul Izzati at 10:21 PM 0 comments
selagi masih hidup,pintu taubat sentiasa terbuka
"Ya ALLAH, PERBAIKILAH AGAMAKU, kerana ia adalah kendali segala urusan..dan PERBAIKILAH DUNIAKU, yang merupakan tempat menjalani hidupku.. PERBAIKILAH AKHIRATKU, yang merupakan tempat kembaliku.. Jadikan hidupku untuk menambah segala KEBAIKAN.. dan jadikanlah MATIKU sebagai akhir dari segala keburukan.
..Subhanallah..
Posted by Wan Nurul Izzati at 8:58 PM 0 comments
good luck fellas !
Final exam around the corner.
Yeah , it's tottally i'm the one who can sit for it.
Cayo' nurul !
I will fight for more better than before.
ALLAHUAKBAR <3
Posted by Wan Nurul Izzati at 12:22 PM 0 comments
the true feeling
semakin tak best stay kat cni.semakin tak seronok.semakin bosan.semakin kacau bilau.semakin dan semakinnnnn.hmm, semakin rindu dengan kawan2 lama and even ada kawan2 baru, never replace our havoc moments ever.rinduuuuuu lepak2,rindu makan2 sama2,rindu pegy holiday sama2,rindu activity weekend,rindu suasana rumah sewa kita dulu.and the most important rindu mama and abah.cepat la abes final exam,cepat la abes study kat KPTM.smoga sumenya berjalan lancar.AMIN. (T_T)
Posted by Wan Nurul Izzati at 9:09 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)












